Thursday, July 20, 2006


PUnK NEwS
Angka korban tsunami mencecah 550 orang
ANGGOTA tentera dan sukarelawan mengebumikan mayat mangsa tsunami dalam satu kubur besar di Pangandaran, semalam. - AFP.
PANGANDARAN 19 Julai – Korban bencana tsunami di selatan Pulau Jawa meningkat kepada sekurang-kurangnya 550 orang hari ini setelah pasukan kecemasan menemui puluhan mayat di celah-celah sampah sarap yang ditinggalkan oleh ombak besar itu kelmarin.
Lebih 280 lagi disenaraikan hilang manakala 700 mangsa cedera, kata pegawai di jabatan kebajikan masyarakat, Heri hari ini.
“Kami meneruskan usaha mencari mangsa, mudah-mudahan kami akan menemui mereka yang masih hidup,” kata pegawai polis, Kapten Joko.
Gempa bumi 7.7 pada skala Richter kelmarin mencetuskan ombak setinggi dua meter yang menghempas kawasan pantai sepanjang 180 kilometer di Jawa Tengah dan Jawa Barat yang terlepas daripada bencana tsunami Asia 2004.
Ombak itu memusnahkan rumah, restoran dan hotel manakala bot, kereta serta motosikal dihanyutkan ratusan meter ke pedalaman.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii serta Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran mengenai ancaman tsunami.
Ombak besar itu melanda pantai selatan Jawa sekitar 45 minit kemudian.
Menteri Sains dan Teknologi Indonesia, Kusmayanto Kadiman cuba menafikan kenyataan semalam bahawa kerajaan menerima kedua-dua amaran tetapi tidak berusaha untuk mengumumkan amaran tersebut.
Beliau memberitahu radio el-Shinta bahawa agensi meteorologi kerajaan mengirim mesej SMS kepada sekurang-kurangnya 400 pegawai dan salah seorang kakitangan beliau muncul di kaca televisyen nasional untuk memberi amaran tentang tsunami.
Bagaimanapun Kusmayanto tidak menyatakan sama ada tindakan itu diambil sebelum tsunami melanda pantai atau sama ada 400 pegawai berkenaan tinggal di kawasan pantai yang terancam.
Tambahan pula tanpa sebarang semboyan amaran atau penggera di pantai, menyampaikan mesej kepada penduduk dan pelancong yang ramai adalah mustahil.
Gegaran tidak dirasai oleh kebanyakan orang di pantai.
Seorang pemanggil yang menelefon stesen el-Shinta menuduh Kusmayanto membuat ‘cerita dongeng’ mengenai rentetan kejadian itu.
– AP- Utusan Online



Al Fatihah to tsunami victim in PANGADARAN-java indonesia

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]