Tuesday, July 18, 2006

PuNk NewS


“BUAT apa lagi tulis ini semua. Ini cerita basi. Dah tak ada modal ke?” Itulah antara maklum balas yang Tabib dan rakan terima apabila beberapa minggu lalu Harian Metro sekali lagi membongkar bahaya gejala Black Metal di kalangan remaja Melayu di negara ini.

Tabib tidak terkejut jika maklum balas serupa bakal diterima apabila dalam edisi Metro Ahad hari ini kami dedahkan pula pengaruh aliran punk yang kami rasa sama bahayanya dengan gejala Black Metal.

Tabib tidak menafikan memang Black Metal dan punk adalah cerita lama atau isu basi, namun kami terpanggil untuk terus mengetengahkannya kerana mendapati tiada usaha bersungguh-sungguh untuk membanteras dan menyekat perkembangannya.

Tabib ulangi, usaha itu ada tapi tidak bersungguh-sungguh. Tabib membuat rumusan ini selepas puas membelek laporan akhbar yang menyiarkan ulasan pelbagai pihak berikutan pendedahan berterusan Harian Metro mengenai bahaya Black Metal pada 2001.

Ketika itu, isu Black Metal bukan saja dibincangkan oleh polis, orang politik dan pertubuhan bukan kerajaan, tapi hingga ke persidangan mufti, mesyuarat Kabinet serta persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Macam-macam usul dan cadangan dikemukakan, tapi apakah hasilnya? Kini selepas empat tahun, keadaan masih tidak berubah, malah semakin teruk.

Sedangkan, menurut Penasihat Undang-undang Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Wilayah Persekutuan Daerah Bukit Bintang, Ahmad Shuaib yang juga peguam, ada peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengikut Black Metal, punk, skinhead dan sebagainya.

Jadi, apa kesimpulannya? Bagi Tabib, ia sekadar mengesahkan sikap orang kita yang hanya banyak bercakap tapi kurang bekerja.

Maaf jika ada pihak tersinggung, namun bagi Tabib, ini hakikat. Jika kita bersungguh-sungguh dan ada tindakan konkrit untuk menyekat pengaruh Black Metal dan punk, isu ini pasti tidak timbul lagi sekarang.

Kepada pihak yang sering memperlekehkan tindakan media membongkar gejala negatif di kalangan masyarakat kita, ingin Tabib peringatkan jangan pentingkan diri.

Kalian menganggap masalah ini kecil mungkin disebabkan belum terkena batang hidung sendiri. Kalau dah kena, barulah nak melenting dan salahkan orang lain.

Bagi Tabib dan rakan sekerja yang lain, menjadi tanggungjawab kami melapor dan mengetengahkan kepincangan dalam masyarakat kita. Hanya itu yang kami mampu. Untuk melaksanakan tindakan dan penguatkuasaan, itu tugas pihak berwajib.

Selepas ini, Tabib akan melihat perkembangan seterusnya. Adakah keadaan akan berubah atau kami perlu menulis lagi cerita Black Metal dan punk ini pada tahun depan, 2007, 2008 dan seterusnya.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

INFO YG PERLU KITA TAHU:- Orang yang
pertama menaikkan aliran PUNK ialah vocalist Sex Pistols, Sid Dicious. dan oleh pengurusnya sendiri, Malcolm McLarren seorang yahudi. (sendiri mau ingatt )

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]