Thursday, July 20, 2006
Hizbollah wiIl WiN (PuNK News)
Hizbullah, Yahudi bertempur
BEIRUT: Tentera Israel bertempur dengan pejuang Hizbullah di sempadan Lubnan semalam dengan kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan kedua-dua belah pihak.
Hizbullah mendakwa tiga askar Israel maut dalam pertempuran dengan kumpulan itu semalam.Stesen televisyen Al Manar melaporkan, kumpulan Hizbullah membedil sebuah pangkalan tentera udara Israel, kira-kira 30 batu dari sempadan Lubnan. Namun, Israel sebaliknya menyangkal dakwaan itu.Jika benar, ia adalah serangan Hizbullah paling jauh ke dalam utara Israel sejak pertempuran lebih seminggu lamanya.Pegawai tentera Yahudi mendakwa askarnya menceroboh ke kawasan sempadan Lubnan bagi mencari terowong dan senjata.Hizbullah sebaliknya mendakwa dapat mematahkan cubaan masuk tentera Israel di bandar Naqoura, juga dengan kemalangan jiwa membabitkan dua belah pihak.Tentera Israel mengesahkan berlakunya tiga pertempuran dengan Hizbullah di sempadan dan ada di antara askarnya cedera, tetapi enggan mengulas lanjut.Stesen Al Manar dimiliki Hizbullah mendakwa, tiga askar Yahudi maut dan tiga lain cedera, namun itu tidak dapat disahkan.Israel yang lazimnya mengehadkan serangannya dari udara dan laut, keberatan menghantar tentera daratnya kerana menyedari Hizbullah jauh lebih biasa dengan persekitaran tempatan serta sejarah kegagalan penaklukan Israel selama 18 tahun yang berakhir pada 2000.Pertempuran itu hanya menjejaskan usaha diplomatik mewujudkan gencatan senjata dan menghantar pasukan pengaman baru bagi membantu 2,000 askar antarabangsa di selatan Lubnan.Israel kelmarin menyatakan kesediaannya memerangi pejuang Hizbullah buat beberapa minggu lagi. – AP

Subscribe to Posts [Atom]